Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM) lahir diatas inisiatif Encik Khalid Jafri pada 6 November 1978.
BKUM dibenar menjalankan aktivitinya oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 15 Mac 1979.
Mesyuarat
penubuhannya di adakan pada 6 November 1978 di Bilik Lembaga Pengarah
yang dihadiri seramai 22 orang pekerja Utusan.
Antara
yang hadir ialah Khalid Jafri, Nor Shah Thamby (Majalah), Ali
Salim@Jiro, Kadir Ahmad (Utusan Melayu), Zainuddin Maidin@Zam, Roseminah
Ahmad (Utusan Malaysia), Kamaluddin Abdul Razak (Meja Rencana), Mansor
Fateh Din (Jabatan Pentadbiran), Ahmad Alimoon (Jabatan Kewangan), Amir
Hassan, Mat Som, Mohd Saman, Mohd Ali (Pra Cetak), Mohd Radzi Kari
(Bahagian Pengedaran), Yaacob Ismail (Utusan Printcorp), Abdul Rahman
Mat (UP&D), Latiff Nordin, Sirajuddin Mokhtar (NUJ), Zainuddin
Bahari dan Samat Ibrahim (KKPA).
No comments:
Post a Comment