Faedah Kebajikan Ahli Badan Keluarga Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (BKUM)
Perlembagaan BKUM - Fasal 2 : Seseorang yang selepas tiga (3) bulan dari tarikh diterima menjadi ahli “Tiap-tiap ahli, tanggungan-tanggungan dan penamaannya berhak , mendapat faedah-faedah yang telah di tentukan” seperti berikut:-
a. Bagi kematian ahli – RM500
b. Bagi kematian isteri/suami – RM250
c. Bagi kematian anak (termasuk yang meninggal sewaktu bersalin) – RM250
d. Bagi kematian keguguran (minimum usia bayi 5 bulan) – RM150
e. Bagi kematian bapa dan ibu kandung/bapa mertua/ibu mertua – RM250
f. Bagi pernikahan/perkahwinan ahli kali pertama sahaja – RM250
g. Melahirkan anak (ahli wanita sahaja) setiap kelahiran tanpa had – RM100
h. Mendapat cahaya mata (ahli lelaki sahaja) setiap anak tanpa had – RM50
i. Menerima rawatan di hospital dengan syarat bermalam sekurang-kurangnya semalam (sekali dalam setahun) – RM50
Faedah haji
Faedah menunaikan fardu haji yang berjumlah RM1,000 hanya akan diberikan setelah tiga (3) tahun dari tarikh diterima menjadi ahli.
Lain-lain faedah
Ahli berhak mendapat kemudahan perkhidmatan van jenazah untuk menghantar jenazah ahli atau waris terdekat pulang ke kampung, mengambil jenazah dihospital dan juga menghantar jenazah ke tanah perkuburan untuk pengebumian. Ahli hanya dikehendaki menyediakan wang bayaran tol sekiranya melalui jalan bertol dan sagu hati RM50 kepada pemandu dan pembantu pemandu.
Tiada sekatan kepada ahli untuk menyertai semua aktiviti BKUM.
Sekiranya sesuatu program BKUM ada dikenakan bayaran, bayaran ahli dan bukan ahli adalah berbeza
Kes-kes terlepas pandang
Faedah ahli yang tersebut adalah berkuat kuasa pada 1 Januari 1998. Sekiranya ada ahli yang tidak mengetahui perkara ini diharap berjumpa EXCO BKUM dengan membawa segala dokumen berkaitan. Semua saguhati kebajikan yang bermula dari tarikh tersebut akan dijelaskan. Kes terlepas pandang ini diharap mendapat kerjaama ahli dan BKUM tetap menjalankan kewajipannya kepada yang berhak.
KAMSARI NOR
Yang Dipertua BKUM
No comments:
Post a Comment