Tuesday, 11 December 2012

Notis Mesyuarat Agung



DENGAN INI DIBERITAHU BAHAWA Mesyuarat Agung Ke -16 Badan Keluarga Utusan Melayu akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 29 Disember 2012 (Sabtu)                        
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Besar Utusan Melayu, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur
                 

AGENDA

1. Penerangan oleh Pengerusi Mesyuarat mengenai peraturan mesyuarat.

2.  Membentang dan mengesahkan Peringatan Mesyuarat Agung BKUM Ke-15 yang telah diadakan pada  18 Disember 2010.

3. Membentang dan menerima laporan jawatankuasa tadbir BKUM 2010-2012

4. Membentang dan menerima laporan kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2011.

5. Pembubaran jawatankuasa tadbir BKUM bagi tahun 2010-2012.

6. Memilih pengerusi mesyuarat pemilihan jawatankuasa baru 2012-2014 dan pencatat mesyuarat serta dua orang pengira undi.

7. Pemilihan jawatankuasa tadbir BKUM bagi tahun 2012-2014
  1. Seorang Yang Dipertua
  2. Seorang Timbalan Yang Dipertua
  3. Tujuh (7) orang ahli jawatankuasa

8. Pemilihan dua (2) orang Juruaudit/Pemeriksa Kira-kira

9.  Membincang usul-usul (jika ada)

10. Ucapan Penangguhan oleh Yang Dipertua BKUM penggal 2012-2014.


SURIYATI SAIDIN
Setiausaha Kehormat
5 Disember 2012

NOTA: Sebarang usul yang ingin dibentangkan oleh ahli di dalam Mesyuarat Agung ke -16 ini hendaklah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha Kehormat BKUM dalam masa 7 hari sebelum tarikh mesyuarat.




 A T U R   C A R A


MESYUARAT AGUNG  KE -16
BADAN KELUARGA UTUSAN MELAYU (BKUM)
29 DISEMBER 2012 (SABTU)
DEWAN BESAR UTUSAN MELAYU
JALAN CHAN SOW LIN, KUALA LUMPUR



9.30 pagi                -         Ketibaan ahli dan pendaftaran 
10.00 pagi               -         Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
10.05 pagi               -         Bacaan Doa
10 .10 pagi              -         Mesyuarat Agung Ke -16 BKUM bermula
12.30 tgh                -         Bersurai/Jamuan makan tengah hari


Semua ahli dijemput hadir

Selamat bersidang

No comments:

Post a Comment