Monday, 10 June 2013

Program Ihya' Ramadan 1434H/Julai - Ogos 2013


Ke Arah Mengimarah dan Menghayati Ramadan


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Muslimin, Muslimat warga Utusan Melayu yang dirahmati Allah.

Bersempena ketibaan bulan Ramadan yang penuh berkat tahun ini, seperti tahun-tahun sebelumnya Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM) melalui Surau Al Huda Utusan Melayu Chan Sow Lin telah menyusun pelbagai program ihya’ Ramadan untuk memberi peluang Muslimin, Muslimat mengimarah dan menghayatinya bagi merebut peluang menambahkan amal ibadat dan ganjaran pahala.

Pengisian yang telah disusun bersempena bulan yang penuh keberkatan ini antaranya :-

* Solat fardu isyak, sunat tarawih, sunat witir (berjemaah) pada setiap malam Ramadan bermula pukul 9.00 malam.

* Majlis ilmu, kuliah dan tazkirah Ramadan pada setiap Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis oleh ustaz-ustaz jemputan. Tadarus Muslimat setiap Jumaat mula pukul 12.30 tengah hari.

* Tahlil arwah selepas solat fardu zuhur setiap hari Isnin 15, 22, 29 Julai dan 5 Ogos dipimpin oleh Ustaz Long bin Kechik, guru agama ILSAS.

* Membuat bubur lambuk secara bergotong royong pada setiap hari Khamis 11, 18, 25 Julai dan 1 Ogos bermula pukul 8.30 pagi di Ibu Pejabat Jalan Chan Sow Lin. Pengagihan bubur selepas solat fardu zuhur.

* Rayuan sumbangan untuk anak-anak yatim kumpulan Utusan, derma wakaf am Surau Al Huda, rayuan penajaan moreh, penajaan membuat bubur lambuk dan kutipan zakat fitrah.

Kepada Muslimin, Muslimat warga Utusan yang berhajat untuk menghulurkan sumbangan serta mengambil bahagian untuk dibacakan tahlil kepada arwah-arwah kaum keluarga sila dapatkan borang yang telah disediakan.

- KAMSARI NOR
YDP BKUM / Pengerusi Surau Al Huda
10 Jun 2013 1 Syaaban 1434H

 


No comments:

Post a Comment