Thursday, 24 April 2014

Ziarah & Sumbangan BKUM

Puan Haslindatul Akmar balu Allahyarham Romzi Shamsuddin memohon kepada sahabat, rakan dan kakitangan Utusan sekiranya ada Allahyarham suaminya meninggalkan hutang berupa wang, barang dan seumpamanya dapat menghubunginya untuk menuntutnya. 

Ia juga meminta diampunkan segala kesalahan dan dihalalkan makan minum Allahyarham.
Setiausaha BKUM Suriyati Saidin menyampaikan sagu hati kematian kepada Puan Haslindatul Akmar sewaktu berkunjung ke rumah Allahyarham Romzi pada 24 April 2014. Turut serta ialah Rosiah Rohani, Rodiah Hassan dan Hajah Sulma Abdullah.
YDP BKUM dan biro ziarah berkunjung ke rumah Allahyarham Romzi menyampaikan sagu hati kematian.


No comments:

Post a Comment