Thursday, 15 May 2014

Majlis Penutup Karnival Sukan BKUM/Utusan

BANGI, 10 MEI 2014 : PENGERUSI Majlis tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar diiringi oleh Ketua Pengarang Utusan , Datuk Abdul Aziz Ishak (kanan) selepas perasmian penutup Karnival Sukan Utusan/BKUM 2014 di padang bola sepak Kompleks Sri Utusan di sini hari ini. 
DATUK Seri Noh Omar melepaskan tujuh ekor burung sebagai gimit perasmian penutup Karnival Sukan Utusan/BKUM 2014 di padang bola sepak Kompleks Sri Utusan di sini hari ini. Turut sama Ketua Pengarang Utusan , Datuk Abdul Aziz Ishak (dua kanan) Yang Dipertuan BKUM, Kamsari Nor (tengah) dan Datuk Hassan Mohd Noor (kanan).
PASUKAN  dari Jabatan Pengarang  kategori  lelaki berhempas pulas menarik tali ketika bertemu pasukan dari Jabatan Pemasaran pada acara akhir tarik tali sempena Karnival Sukan Utusan/BKUM 2014 di Padang Kompleks Sri Utusan Bangi  di sini hari ini. 
PASUKAN tarik tali dari jabatan korporat Utusan menjuarai pertandingan tarik tali pada Karnival Sukan Utusan/BKUM 2014 di padang bola sepak Kompleks Sri Utusan di sini hari ini. 


TARIAN SAMBA Bukan senang nak melihat secara dekat Tarian Samba dari Brazil.Begitulah persembahan daripada Jabatan Pengarang ketika acara penutup Karnival Sukan BKUM 2014 di Kompleks Sri Utusan Bangi, Selangor.          

PERSEMBAHAN istimewa oleh pasukan Jabatan Pengarang Utusan ketika  majlis penutup Karnival Sukan Utusan/BKUM 2014 di padang bola sepak Kompleks Sri Utusan di sini hari ini.
SERONOK PEGANG PIALA Ketua Pengarang Kumpulan Utusan,Datuk Aziz Ishak menyampaikan piala kepada pasukan Jabatan Pengeluaran   di majlis penutup  Karnival Sukan BKUM 2014 di Kompeks Sri Utusan Bangi, Selangor.       
SEBAHAGIAN peserta daripada pasukan Jabatan Pengeluaran Utusan uyang menjuarai keseluruhan bersorak bersama piala pusingan pada majlis penutup Karnival Sukan Utusan/BKUM 2014 di padang bola sepak Kompleks Sri Utusan di sini hari ini.
Gambar-gambar  MOHD NOOR MAT AMIN Pemberita UTUSAN DAN KOSMO




No comments:

Post a Comment