Thursday, 18 December 2014

Notis Mesyuarat Agung BKUM ke-17

DENGAN INI DIBERITAHU BAHAWA Mesyuarat Agung Ke -17 Badan Keluarga Utusan Melayu akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh : 20 Disember 2014 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Tingkat 2, Blok A
Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad
Jalan Utusan, Off Jalan Chan Sow Lin
55200 Kuala Lumpur


AGENDA

1. Penerangan oleh Pengerusi Mesyuarat mengenai peraturan mesyuarat.
2. Membentang dan mengesahkan Peringatan Mesyuarat Agung BKUM Ke-16  yang telah diadakan pada  29 Disember 2012.
3. Membentang dan menerima Laporan Jawatankuasa Tadbir BKUM 2012-2014.
4. Membentang dan menerima laporan kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2013.
5. Pembubaran jawatankuasa tadbir BKUM bagi tahun 2012-2014.
6. Memilih pengerusi mesyuarat pemilihan jawatankuasa baru 2014-2016 dan pencatat mesyuarat serta dua orang pengira undi.
7. Pemilihan jawatankuasa tadbir BKUM bagi tahun 2014-2016
i) Seorang Yang Dipertua
ii) Seorang Timbalan Yang Dipertua
iii) Tujuh (7) orang ahli jawatankuasa
8. Pemilihan dua (2) orang Juruaudit/Pemeriksa Kira-kira
9. Membincang usul-usul (jika ada)
10. Ucapan Penangguhan oleh Yang Dipertua BKUM penggal 2014-2016.


SURIYATI SAIDIN
Setiausaha Kehormat
2 Disember 2014


NOTA: Sebarang usul yang ingin dibentangkan oleh ahli di dalam Mesyuarat Agung Ke -17 ini hendaklah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha Kehormat BKUM dalam masa 7 hari sebelum tarikh mesyuarat.

A T U R   C A R A 

 9.30 pagi                 -         Ketibaan ahli dan pendaftaran  

10.00 pagi                -         Ucapan Aluan Pengerusi Majlis  

10.05 pagi                -         Bacaan Doa  

10 .10 pagi               -         Mesyuarat Agung Ke-17 BKUM bermula 

12.30 tgh                 -         Bersurai /Jamuan makan tengah hari

No comments:

Post a Comment