Thursday, 26 March 2015

Sumbangan Ikhlas

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
(25 Mac 2015/3 Jamadil Akhir 1436)

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Sumber Manusia Kumpulan akan melancarkan tabung kutipan sumbangan ikhlas bagi membantu anak kakitangan UMMB Encik Shuhardi Bin Zawawi yang bertugas di Jabatan Pengeluaran, Cawangan Gong Badak, Terengganu iaitu adik Adelia Izara Binti Shuhardi  berusia 5 bulan yang telah menghidapi penyakit jantung berlubang dan masalah injap jantung.

Sumbangan ikhlas ini bolehlah disalurkan terus ke akaun BSN Encik Shuhardi Bin Zawawi bernombor 1110029830568473 atau melalui tabung sumbangan ikhlas yang diletakkan di lokasi berikut:

1)     Kaunter penyambut tetamu di lobi utama, CSL
2)     Kafeteria, CSL
3)     Kutipan dari jabatan ke jabatan oleh kakitangan JSMK

Sebarang pertanyaan berhubung keadaan kesihatan anak Encik Shuhardi Bin Zawawi, tuan/puan bolehlah menghubungi beliau di talian 019-9978240.

Sumbangan ikhlas tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


“Marilah sama-sama kita berdoa untuk kesihatan dan kesejahteraan anak beliau”

No comments:

Post a Comment