Tuesday, 12 February 2013

Al-Fatihah

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
(12 Februari 2013 / 1 Rabiulakhir 1434H)

Dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa Zaini Md Aris yang berkhidmat sebagai
Foreman Jabatan Pengeluaran telah kembali ke Rahmatullah malam tadi (11 Februari 2013) di HUKM. Jenazah telah selamat dikebumikan pada pukul 10.45 pagi tadi.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham - Amin!


Yang Dipertua Badan Keluarga (BKUM), Kamsari Nor menyampaikan sumbangan saguhati kematian kepada Siti Zaleha Nordin balu Allahyarham Zaini Md. Aris yang meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) akibat penyakit kanser malam tadi.  

Mengangkat Jenazah... Allahyarham Zaini Md Aris yang bertugas di Jabatan Pengeluaran, Bangi telah kembali ke Rahmatullah jam 11.50 malam tadi. Allahyarham meninggalkan seorang balu Siti Zaleha Nordin dengan empat orang anak.Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia(UPM) Serdang jam 10.00 pagi ini. Turut ziarah Penolong Pengurus Jabatan Sumber Manusia Kumpulan Utusan, Noremelia Mohamad Nor, barisan exco BKUM, Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Akhbar(KKPA) Cawangan Utusan Melayu, Rahim Omar, para pegawai dan kakitangan Utusan loji Bangi.

AL FATIHAH... Jenazah Zaini Md Aris, selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam UPM Serdang pagi ini. Yang Dipertua Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM), Kamsari Nor menadah tangan sambil membaca  doa bersama hadirin yang hadir pengebumian tersebut.
Siti Zaleha Nordin balu allahyarham Zaini Md Aris (kanan), menyiram air mawar ke  pusara  suaminya  di Tanah Perkuburan Islam UPM Serdang, pagi ini.

No comments:

Post a Comment