Sunday, 10 February 2013

Sekitar Pengkebumian Allahyarham Omar Ahmad

 SUASANA HIBA... Azmi Omar (satu dari kiri di bawah), kakitangan Utusan Melayu di Jabatan Pentadbiran Chan Sow Lin, Kuala Lumpur menurunkan jenazah Allahyarham Omar Ahmad ke liang lahat tanah perkuburan di Kampung Senama Ulu, Rembau, Negeri Sembilan. Allahyarham  meninggalkan seorang balu dan 10 orang anak serta lebih 20 cucu dan cicit.
DOA BUAT AYAHANDA TERCINTA...  Azmi Omar, kakitangan Utusan Melayu di Jabatan Pentadbiran Chan Sow Lin, Kuala Lumpur menadah tangan dan berdoa atas pemergian bapa beliau Allahyarham Omar Ahmad meninggal sakit tua jam 1 pagi tadi di Kampung Senama Ulu, Rembau, Negeri Sembilan. Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan kampung tersebut dan beliau meninggalkan seorang balu dan 10 orang anak serta lebih 20 cucu dan cicit.
SERAH SUMBANGAN...Yang Dipertua Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM), Kamsari Nor menyampaikan sumbangan saguhati kematian  kepada Azmi Omar, kakitangan Utusan Melayu di jabatan Pentadbiran Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Bapa beliau allahyarham Omar Ahmad meninggal sakit tua jam 1 pagi tadi di Kampung Senama Ulu, Rembau, Negeri Sembilan. Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Datuk  Firdaus   Harun.  

No comments:

Post a Comment